Jenis-jenis feri Feri

Feri Lower Kingswear ke Dartmouth di Devon, England. Pontun tersebut membawa 8 kereta dan ditunda oleh sebuah bot kecil dengan menggunakan 2 tali.

Pelbagai jenis reka bentuk kenderaan air telah digunakan sebagai feri, bergantung kepada jauh perjalanan, keupayaan membawa penumpang atau kenderaan, kelajuan yang diperlukan dan keadaan air yang mesti ditempuh oleh pesawat tersebut. Hydrofoil telah digunakan dengan kelebihan kelajuan kruise yang tinggi pada laluan feri popular, menggantikan hovercraft pada laluan yang disenarai di atas di mana feri sekarang bersaing dengan kereta api Le Shuttle dan Eurostar yang menggunakan Terowong Selat (Channel Tunnel). Hydrofoils juga terbukti penyelesaian pratikal, mudah, cepat dan ekonomi di kepulauan Canary - penggantian mereka dengan feri kereta berkelajuan tinggi dilihat oleh sesetengah pengkritik sebagai langkah mengundur disebabkan kapal baru ini menggunakan lebih banyak minyak dan menggalakkan penggunaan kereta yang tidak kena pada tempatnya 1 di kepulauan yang sudahpun menderita akibat pelancungan pukal. Boleh dipertikaikan bahawa mengekalkan feri hydrofoil boleh menjadi penyelesaian lebih sesuai dan ramah persekitaran kepada keperluan pengangkutan kepulauan Canary . Jarak yang dekat boleh menggunakan feri kabel, dimana feri digerakkan dan di kendali dengan menggunakan kabel yang disambung di kedua belah sungai. Kadang-kala feri kabel digerakkan menggunakan tenaga manusia di atas feri. Feri reaksi adalah feri kabel yang menggunakan kuasa menyongsang (perpendicular force) arus sebagai sumber kuasa. Feri rantai boleh digunakan di sungai yang berarus laju pada jarak pendek.

Feri percuma beroperasi disesetengah bahagian dunia, seperti di Woolwich di London, England (menyeberangi Sungai Thames), di Amsterdam, Belanda (menyeberangi laluan air teluk IJ), dan di Pelabuhan New York, menyambungkan Manhattan dengan Pulau Staten.

Bot feri seringkali berlabuh di kemudahan direka khas bagi meletakkan bot dengan cepat dan tepat untuk penurunan dan pebgisian, dikenali sebagai slip feri. Jika feri mambawa kenderaan jalan atai gerabak kereta api, biasanya terdapat jambatan (ramp) yang dipanggil apron yang merupakan sebahagian daripada slip. Dalam kes lain, jambatan apron merupakan sebahagian daripada feri tersebut, bertindak sebagai pengawal ombak apabila di angkat dan diturunkan untuk menyambung dengan ramp di terminal - jalan yang menjulur sebahagiannya di bawah air.